Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 149 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

81  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0211.
Berita dari Anas bin Malik mengatakan, "Abu Dzar pernah bercerita, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Pada suatu waktu ketika aku berada di Mekah, tiba-tiba atap rumahku dibuka orang. Maka turunlah Jibril, lalu dibedahnya dada ku, kemudian dibersihkannya dengan air zamzam. Sesudah itu dibawanya sebuah bejana emas penuh berisi hikmat dan iman, lalu dituangkannya ke dalam dada ku, dan sesudah itu dada ku dipertautkannya kembali. Kemudian ditariknya tangan ku, dan ia membawa ku naik ke langit-dunia. Setelah tiba di langit pertama, Jibril berkata kepada pengawal, "Buka pintu!" Malaikat pengawal bertanya, "Siapa itu?" Kata Jibril, "Saya, Jibril!" Kata pengawal, "Adakah orang beserta anda?" Jawab Jibril, "Ada! Muhammad saw. beserta ku." Tanya pengawal, "Sudah diutuskah dia?" Jawab Jibril, "Ya, sudah!" . Setelah pintu terbuka, maka kami naik ke langit pertama. Tiba-tiba kami bertemu dengan seorang laki-laki sedang duduk, di kanan kirinya tampak menghitam kelompok orang banyak. Apabila dia menengok ke kanan dia tertawa, tetapi apabila dia menengok ke kiri dia menangis. Orang itu berujar. "Selamat datang, wahai Nabi dan anak yang saleh." Aku bertanya kepada Jibril. "Siapakah orang ini?" Jawabnya, "Inilah Adam. Kumpulan orang yang banyak di kanan-kirinya ialah roh anak cucunya. Yang sebelah kanan penduduk syurga dan yang sebelah kiri penduduk neraka. Maka apabila ia menengok ke kanan ia tertawa dan apabila ia menengok ke kiri ia menangis." Kemudian Jibril membawa ku naik ke tempat kedua. Ia berkata kepada pengawal. "Buka pintu!" Penjaga pintu bertanya kepada Jibril seperti penjaga pintu pertama bertanya, kemudian ia membukakan pintu. Kata Anas. "Rasulullah saw. menceritakan. bahawa di beberapa langit beliau bertemu dengan para Nabi, Adam, Idris, Musa, Isa, dan Ibrahim Shalawatullhi 'Alaihim . tetapi tidak diceritakannya di langit mana masing-masing berada, selain hanya menyebutkan Adam di langit pertama dan Ibrahim di langit keenam.' Kata Anas. Tatkala Jibril beserta Nabi saw. bertemu dengan Idris. Idris mengucapkan salam, "Selamat datang, Wahai Nabi dan Saudara yang saleh." Nabi saw. bertanya kepada Jibril "Siapa ini?"Jawab Jibril, "Inilah Idris." Rasulullah meneruskan: "Aku bertemu dengan Musa. Dia pun mengucapkan, . "Selamat datang, wahai Nabi dan Saudara yang saleh." Aku bertanya, "Siapa ini?" Jawab Jibril, "Ini Musa." Kemudian aku bertemu dengan Isa. Isa pun berkata, "Selamat datang, wahai Saudara dan Nabi Yang saleh." Aku bertanya, "Siapa ini?" Kata Jibril, "Ini Isa." Setelah itu aku bertemu dengan Ibrahim. Dia pun mengucapkan, "Selamat datang, wahai Nabi dan anak yang saleh." Aku bertanya pula, "Siapa ini?" Jawab Jibril, "Inilah Ibrahim alaihis salatu wassalam". Sesungguhnya Ibnu Abbas dan Abu. Hayyah al Anshari, kedua-duanya pernah bercerita bahawa Nabi saw. bersabda: "Kemudian aku dibawanya naik ke tempat yang lebih tinggi, di mana aku dapat mendengar bunyi goresan pena." Kata Ibnu Hazm dan Anas bin Malik , Nabi saw. bersabda, "Allah swt. mewajibkan solat atas umat ku lima puluh kali (sehari semalam). Maka aku turun membawa perintah itu. Ketika aku lewat di hadapan Musa, ia bertanya kepada ku," Apa yang diperintahkan Allah kepada mu untuk dilaksanakan umatmu?" Jawab ku, "Allah swt. mewajibkan solat lima puluh kali." Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhan mu, kerana umatmu tidak akan sanggup melaksanakannya." Maka kembalilah aku kepada Tuhan ku, lalu dikuranginya sebahagian. Kemudian aku kembali kepada Musa dan berkata, ' "Allah mengurangi seperdua." Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhan mu, sesungguhnya umatmu tidak akan sanggup melaksanakannya." Maka kembali pulalah aku kepada Tuhan ku. Lalu Allah menguranginya pula seperdua. Sesudah itu aku kembali pula mengabarkannya kepada Musa. Kata Musa. Kembalilah kepada Tuhan mu, sesungguhnya umatmu tidak sanggup melaksanakannya." Maka kembali pula lagi aku pada Tuhan ku. Dia (Allah) berfirman, "Walaupun lima, namun lima puluh juga. PutusanKu tidak dapat diubah lagi .Maka aku kembali pula mengabarkannya kepada Musa. Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhan mu." Jawab ku, "Malu aku kepada Tuhan ku." Kemudian Jibril membawa ku hingga sampai ke Sidratul Muntaha. Tempat mana ditutup dengan aneka ragam warna yang aku tak tahu warna-warna apa namanya. Sesudah itu aku dibawa masuk ke dalam syurga, di mana di dalamnya terdapat mutiara bersusun-susun sedangkan buminya bagaikan kasturi."

82  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1779.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Setiap anak dilahirkan menurut fitrah (ciptaan asli). Kedua ibu bapanya yang menyebabkan anak itu beragama Yahudi dan Nasrani. Sebagaimana binatang ternak dilahirkan, adakah kamu dapati yang telah dipotong (dilubangi) hidungnya sehingga kamu tidak perlu lagi memotongnya?" Mereka bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat engkau tentang anak yang meninggal di waktu keci1?" Jawab Nabi: "Allah lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan."

83  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0470.
Diceritakan oleh Abu Qatadah r.a., dari bapanya, sabda Rasulullah saw. katanya: "Aku berdiri hendak solat. Aku bermaksud hendak membaca surah yang panjang-panjang dalam solat itu. Tetapi tiba-tiba ku dengar tangis anak-anak. Maka ku singkatkan saja bacaan ayat dalam solat itu, kerana aku tak suka menyusahkan ibu si anak itu."

84  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1638.
Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya: Saya bertanya kepada Rasulullah saw. tentang miaradh (iaitu buruan yang terbunuh bukan dengan mata anak panah, tetapi mati kerana terkena gagangnya dalam bentuk melintang). Beliau berkata: "Kalau engkau mengenai binatang buruan dengan mata anak panah, makanlah! Tetapi kalau engkau mengenainya dengan gagang anak panah, lalu binatang buruan ini mati, maka ini namanya waqiz, iaitu binatang yang mati kerana terbunuh, dan jangan dimakan." Saya bertanya: "Kalau saya melepas anjing untuk berburu?" Nabi menjawab: "Kalau engkau melepas anjingmu untuk berburu dan engkau menyebut nama Allah, maka makanlah binatang yang ditangkapnya!" Saya bertanya lagi: "Kalau anjing itu makan binatang itu?" Rasul menjawab: "Jangan engkau makan, kerana anjing itu menangkap buruan itu untuk dirinya dan bukan untuk engkau." Saya bertanya lagi: "Kalau saya melepas anjing saya untuk berburu, lalu saya dapati bersamanya ada anjing lain?" Rasul menjawab: "Jangan engkau makan b inatang yang ditangkapnya, kerana engkau menyebutkan nama Allah untuk anjingmu saja. Engkau tidak menyebutkan nama Allah untuk anjing yang lain itu."

85  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1628.
Dari 'Aisyah r.a., Hind binti 'Utbah berkata: "Ya Rasulullah, suamiku Abu Sofyan adalah seorang yang amat kikir. Ia tidak pernah memberikan belanja yang cukup untuk saya dan anak-anak kecuali kalau saya mengambil wangnya tanpa pengetahuannya." Rasul menjawab: "Ambil sajalah secukupnya untuk engkau dengan anakmu, dengan cara yang baik dan sesuai."

86  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1992.
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Kalau seseorang kamu hendak campur dengan isterinya, lalu dibacanya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Jauhkanlah kiranya syaitan dari kami dan jauhkan syaitan dari anak yang Engkau berikan kepada kami," kalau ditakdirkan keduanya mendapat anak, nescaya untuk selamanya syaitan tidak akan membahayakan kepada anak itu."

87  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1636.
Dari Abu Musa r.a., katanya: Anak saya lahir, lalu saya bawa ia kepada Nabi saw. Beliau memberinya nama Ibrahim, dan menyuapkan buah kurma ke mulut anak itu, serta mendoakan semoga ia mendapat berkat dan berbahagia. Setelah itu, anak itu beliau kembalikan kepada saya.

88  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1140.
Dari Sahl bin Sa'ad, katanya: Sebuah gelas dihidangkan kepada Rasulullah s.a.w. dan beliau minum dari situ. Di sebelah kanan beliau ada seorang anak kecil dan di sebelah kiri beliau ada seorang orang tua. Beliau bersabda: "Hai anak kecil, relakah engkau kalau sisa saya ini saya berikan kepada orang tua ini?" Anak itu menjawab: Ya Rasulullah! Sayalah yang paling berhak mendapat sisa anda. Lalu Rasulullah saw. memberikan kepadanya.

89  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1060.
Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang jual beli Habalil Habalah seperti yang biasa dilakukan oleh orang-orang jahiliyah. Biasanya seorang laki-laki membeli seekor unta hingga unta itu beranak, kemudian anaknya itu beranak pula."

90  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1599.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Kalau salah seorang kamu sebelum bersenggama dengan isterinya berdoa: "Dengan nama Allah! Hai Tuhan kami, jauhkanlah syaitan dari pada kami dan jauhkanlah syaitan dari anak yang Engkau kurniakan kepada kami," lalu ditakdirkan bagi suami-isteri itu atau ditetapkan bagi keduanya seorang anak, maka anak ini tidak akan dapat dirosak syaitan selama-lamanya."